Friday 4 September 2009

PROGRAM "SINAR RAMADAN"


Majlis Berbuka Puasa & Sumbangan Ramadan anjuran Biro Kebajikan & Sosial, Kelab TM CST akan diadakan pada tarikh & tempat seperti berikut :
Rabu, 9 September 2009/19 Ramadan 1430H
Mulai jam 7.00 Malam
Di Rumah Anak-Anak Yatim Damai, Kuang
Semua warga TM dijemput bersama-sama mengambil bahagian dengan melakukan amalan bersedekah kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal
dengan kadar seperti berikut :
Sumbangan untuk anak-anak yatim - RM30.00 seorang
Sumbangan untuk ibu tunggal - RM 50.00 seorang
Bilangan penerima : Anak Yatim 92 orang, Ibu Tunggal 10 orang.
Sumbangan anda boleh disalurkan melalui Akaun Maybank, Kelab Telekom Selangor Cawangan Selangor Timur, No. Akaun 514066332023.
Tarikh akhir penerimaan sumbangan ialah pada jam 3.00 petang, 9/9/09.
Sebarang pertanyaan, hubungi Encik Ab Rahim Yusof, Pengerusi Biro Kebajikan & Sosial di talian 013-3514494.
Mudah-mudahan amalan bersedekah yang dilakukan dibulan yang mulia ini akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT. Insya Allah.



PANORAMA RUMAH ANAK-ANAK YATIM
DAMAI, KUANG
Pemandangan di pintu masuk.

Surau.

Sekolah Agama.


Padang permainan.


Tadika Islam.


Dewan Makan.


Blok Surau & Pejabat Pentadbiran.


Asrama Puteri & Asrama Putera.

Thursday 20 August 2009

SALAM RAMADAN AL-MUBARAK 1430H


Selamat Menyambut Ketibaan Ramadan Al-Mubarak & Selamat Berpuasa kepada seluruh muslimin muslimat.

................................................................................

RINTIHAN RAMADAN
Tuhan, telah sering ku terdengar
Tentang kebesaran Bulan Ramadan
Di dalam Al-Quran dan sabda Junjungan
Hanya aku yang sering melupakannya

Di bulan yang mulia ini
Laut pengampunan Mu tiada bertepi
Rahmat dan nitma Mu tiada terbilang
Syurga terbuka luasnya
Tuhan, ku sedari kelemahan diri ini
Yang tidak istiqamah dalam beribadah
Ramadan berlalu ibadah pun berkurangan
Begitulah diriku yang sering kelalaian
Semoga Ramadan kali ini
Dapatku perbaiki kelemahan diri
Akan ku cuba mendidik nafsuku
Agar subur kehambaanku terhadap Mu
Lailatul Qadar pasti menjelma
Buat mereka yang menunggunya
Para Malaikat merendahkan sayapnya
Meratakan rezeki untuk semua
Bimbinglah aku menuju jalan Mu
Tingkatkan iman dan ketaqwaanku
Agar baktiku tetap pada Mu
Biarpun Ramadan telah berlalu.


Tuesday 21 July 2009

MESYUARAT AJK BIL. 01/2009-2011


Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab TM Cawangan Selangor Timur, Bil 01/2009-2011 telah di adakan pada tarikh, masa dan tempat seperti dibawah :

Khamis, 2 Julai 2009
2.30 ~ 5.30 Petang
TM Seri Gombak


Mesyuarat telah di Pengerusikan oleh Presiden Kelab TM CST, Encik Zulzahrin Zulkifli. Dalam mesyuarat tersebut, keempat-empat orang Naib Presiden telah dilantik sebagai Pengerusi-Pengerusi Biro :

Biro Sukan - Tn Hj Rosman Embee

Biro Kebajikan & Sosial - En. Ab Rahim Yusof

Biro Rekreasi - En. Noor Fairuzhizam Yakob

Biro Pendidikan & Intelektual - Cik Nurul Huda Umran



PERTANDINGAN SEPAKTAKRAW TM SELANGOR

Tarikh : 21 Jun 2009 (Ahad)
Masa : Mulai jam 9.00 Pagi ~ 5.00 Petang
Tempat : Kompleks Sukan MMU, Cyberjaya


Friday 19 June 2009

BARISAN AJK SESI 2009 - 2011


Barisan Pegawai & Ahli Jawatankuasa yang telah terpilih untuk memikul tanggung jawab masing-masing bergambar selepas selesai Mesyuarat Agung.


Duduk dari kiri :
Tn. Hj Hasan, Cik Nurul Huda, En.Fairuz, En. Zulzahrin, En. Shukri, En. Rahim Yusof & Tn. Hj Rosman
Berdiri dari kiri :
En. Md Shah, Pn. Hanim, Cik Norhasanariah, Pn. Nur Azrina, Cik Siti Hajar, En. Mazni, En. Salim, En. Rahim Othman & En. Abdullah Ngah
Tiada dalam gambar :
En. Shawalludin Abdul Jalil

SEKITAR MESYUARAT AGUNG KALI KE-3


Mesyuarat Agung Kali Ke-3 Kelab TM Cawangan Selangor Timur telah dirasmikan oleh YBhg. En. Zulzahrin Zulkifli, Penolong Pengurus Besar, Access Network Development (AND) Selangor Timur. Turut hadir ialah En Mohd Hawari Musa, Setiausaha Kehormat Kelab TM Selangor, En Mahzan Moin, Mantan Presiden dan Tn Hj Ibrahim, Mantan Timbalan Presiden.


Seramai 77 orang ahli telah hadir ke mesyuarat tersebut. Sebaik pendaftaran kehadiran, ahli-ahli akan diberikan Cenderamata Istimewa berupa "Mug" berlogokan Kelab TM Selangor Timur. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Abdul Rahim Othman dan En Md Shah Abdullah bertindak sebagai Pengacara Majlis.


Kaunter Pendaftaran


Bacaan Doa Selamat dipimpin oleh En Abdul Rahim Othman


Ucapan Aluan oleh Tn Hj Hasan Basri Hj Pilus, Setiausaha Kelab TM Cawangan Selangor Timur, Sesi 2006 - 2008

MESYUARAT AGUNG KALI KE-3




Mesyuarat Agung Kali Ke-3 Kelab TM Cawangan Selangor Timur telah diadakan pada hari Khamis, 21hb. Mei 2009 bermula jam 2.30 petang bertempat di Kafetaria TM Setapak.



Notis Mesyuarat Agung