Friday 19 June 2009

BARISAN AJK SESI 2009 - 2011


Barisan Pegawai & Ahli Jawatankuasa yang telah terpilih untuk memikul tanggung jawab masing-masing bergambar selepas selesai Mesyuarat Agung.


Duduk dari kiri :
Tn. Hj Hasan, Cik Nurul Huda, En.Fairuz, En. Zulzahrin, En. Shukri, En. Rahim Yusof & Tn. Hj Rosman
Berdiri dari kiri :
En. Md Shah, Pn. Hanim, Cik Norhasanariah, Pn. Nur Azrina, Cik Siti Hajar, En. Mazni, En. Salim, En. Rahim Othman & En. Abdullah Ngah
Tiada dalam gambar :
En. Shawalludin Abdul Jalil

SEKITAR MESYUARAT AGUNG KALI KE-3


Mesyuarat Agung Kali Ke-3 Kelab TM Cawangan Selangor Timur telah dirasmikan oleh YBhg. En. Zulzahrin Zulkifli, Penolong Pengurus Besar, Access Network Development (AND) Selangor Timur. Turut hadir ialah En Mohd Hawari Musa, Setiausaha Kehormat Kelab TM Selangor, En Mahzan Moin, Mantan Presiden dan Tn Hj Ibrahim, Mantan Timbalan Presiden.


Seramai 77 orang ahli telah hadir ke mesyuarat tersebut. Sebaik pendaftaran kehadiran, ahli-ahli akan diberikan Cenderamata Istimewa berupa "Mug" berlogokan Kelab TM Selangor Timur. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Abdul Rahim Othman dan En Md Shah Abdullah bertindak sebagai Pengacara Majlis.


Kaunter Pendaftaran


Bacaan Doa Selamat dipimpin oleh En Abdul Rahim Othman


Ucapan Aluan oleh Tn Hj Hasan Basri Hj Pilus, Setiausaha Kelab TM Cawangan Selangor Timur, Sesi 2006 - 2008

MESYUARAT AGUNG KALI KE-3




Mesyuarat Agung Kali Ke-3 Kelab TM Cawangan Selangor Timur telah diadakan pada hari Khamis, 21hb. Mei 2009 bermula jam 2.30 petang bertempat di Kafetaria TM Setapak.



Notis Mesyuarat Agung



SEJARAH PENUBUHAN

Kelab TM Cawangan Selangor Timur yang ditubuhkan pada tahun 2004 merupakan sebuah kelab gabungan yang berdaftar dibawah Kelab TM Selangor. Mengikut perlembagaan, Mesyuarat Agung mestilah diadakan dua tahun sekali (dwi tahunan). Sesi 2004 - 2006 dan 2006 - 2008, dan begitulah seterusnya.


Di dalam negeri Selangor terdapat 9 buah kelab cawangan iaitu Shah Alam, PJ, Selangor Barat, Selangor Timur, MSC, TM Net, MMU, RND dan Procument. Oleh kerana hanya Kelab TM Cawangan Selangor Timur sahaja yang Mesyuarat Agung Dwi Tahunannya tidak selaras dengan cawangan-cawangan lain, maka Mesyuarat Agung Dwi Tahunan bagi Kelab TM Cawangan Selangor Timur yang sepatutnya diadakan pada tahun 2008 telah ditunda dan dibawa ke tahun 2009 untuk diselaraskan dengansemua Kelab Cawangan di negeri Selangor.


Oleh hal yang demikian, maka Mesyuarat Agung Kali Ketiga Kelab TM Cawangan Selangor Timur telah dibawa ke tahun 2009 dan ianya membentangkan semua lapuran bagi tahun 2006, 2007 dan 2008 (yang berakhir 31 Disember 2008). Selepas itu sesi yang akan datang bermula dengan 2009 - 2011, 2011 - 2013 dan begitulah seterusnya mengikut fasal yang termaktub dalam Perlembagaan Kelab TM Selangor.


Maka dengan itu, segala urusan Kelab TM Cawangan Selangor Timur dengan Kelab TM Selangor akan menjadi lebih mudah, tersusun dan teratur.