Friday 19 June 2009

SEKITAR MESYUARAT AGUNG KALI KE-3


Mesyuarat Agung Kali Ke-3 Kelab TM Cawangan Selangor Timur telah dirasmikan oleh YBhg. En. Zulzahrin Zulkifli, Penolong Pengurus Besar, Access Network Development (AND) Selangor Timur. Turut hadir ialah En Mohd Hawari Musa, Setiausaha Kehormat Kelab TM Selangor, En Mahzan Moin, Mantan Presiden dan Tn Hj Ibrahim, Mantan Timbalan Presiden.


Seramai 77 orang ahli telah hadir ke mesyuarat tersebut. Sebaik pendaftaran kehadiran, ahli-ahli akan diberikan Cenderamata Istimewa berupa "Mug" berlogokan Kelab TM Selangor Timur. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Abdul Rahim Othman dan En Md Shah Abdullah bertindak sebagai Pengacara Majlis.


Kaunter Pendaftaran


Bacaan Doa Selamat dipimpin oleh En Abdul Rahim Othman


Ucapan Aluan oleh Tn Hj Hasan Basri Hj Pilus, Setiausaha Kelab TM Cawangan Selangor Timur, Sesi 2006 - 2008

No comments:

Post a Comment