Friday 19 June 2009

SEJARAH PENUBUHAN

Kelab TM Cawangan Selangor Timur yang ditubuhkan pada tahun 2004 merupakan sebuah kelab gabungan yang berdaftar dibawah Kelab TM Selangor. Mengikut perlembagaan, Mesyuarat Agung mestilah diadakan dua tahun sekali (dwi tahunan). Sesi 2004 - 2006 dan 2006 - 2008, dan begitulah seterusnya.


Di dalam negeri Selangor terdapat 9 buah kelab cawangan iaitu Shah Alam, PJ, Selangor Barat, Selangor Timur, MSC, TM Net, MMU, RND dan Procument. Oleh kerana hanya Kelab TM Cawangan Selangor Timur sahaja yang Mesyuarat Agung Dwi Tahunannya tidak selaras dengan cawangan-cawangan lain, maka Mesyuarat Agung Dwi Tahunan bagi Kelab TM Cawangan Selangor Timur yang sepatutnya diadakan pada tahun 2008 telah ditunda dan dibawa ke tahun 2009 untuk diselaraskan dengansemua Kelab Cawangan di negeri Selangor.


Oleh hal yang demikian, maka Mesyuarat Agung Kali Ketiga Kelab TM Cawangan Selangor Timur telah dibawa ke tahun 2009 dan ianya membentangkan semua lapuran bagi tahun 2006, 2007 dan 2008 (yang berakhir 31 Disember 2008). Selepas itu sesi yang akan datang bermula dengan 2009 - 2011, 2011 - 2013 dan begitulah seterusnya mengikut fasal yang termaktub dalam Perlembagaan Kelab TM Selangor.


Maka dengan itu, segala urusan Kelab TM Cawangan Selangor Timur dengan Kelab TM Selangor akan menjadi lebih mudah, tersusun dan teratur.

No comments:

Post a Comment